STEM Cube Melaka Challange 2026 dianjurkan oleh AEON Mall Melaka (Ayer Keroh)  dan Kids Station Marketing Sdn Bhd.

SYARAT PERTANDINGAN:

1.  Peserta perlu menunjukkan kiub rubik yang sempurna susunan warnanya (6 muka) kepada hakim sebelum pertandingan bermula.

2.  Para Hakim akan Scramble Kiub dari keadaan sempurna kepada keadaan hancur dengan 25 pusingan (atau lebih) pada Kiub 3x3. Setiap pusingan adalah 90 darjah.

3.  Peserta dibenarkan cuba (Testing) hidupkan timer dengan menggunakan 2 tangan letak atas timer sehingga lampu hijau keluar, selepas itu boleh lepaskan tangan untuk pertandingan. Selepas habis selesai Kiub 3x3 kepada keadaan sempurna. Letakkan 2 tangan atas timer untuk memberhentikan masa.

4.  Kiub 3x3 dalam keadaan hancur akan ditutup dengan kotak.

5.  Peserta dibenarkan membuka kotak dan menyelidik tanpa memusing Kiub dalam masa maksimum 15 saat.

6.  Peserta boleh mulakan Timer dan cuba menyelesaikan Kiub kepada keadaan sempurna selepas menyelidik.

7.  Peserta yang telah menyiapkan susunan Kiub 3x3 perlu letak 2 tangan di atas timer untuk memberhentikan masa. Sila letak Kiub rubik dalam keadaan sempurna untuk hakim mencatat masa.

8.  Jika Kiub yang sempurna didapati ada satu pengerakan diperlukan melebihi 45 darjah, maka akan tambah penalty 2 saat.

9.  Semua peserta mempunyai DUA (2) kali peluang untuk menyelesaikan kiub dan kami akan mengambil rekod terbaik sebagai KEPUTUSAN TERAKHIR.

10. “Cut Off Time” untuk pertandingan Kiub 3x3 adalah 3 mint (180 saat). Kalau Kiub masih tidak dapat disempurnakan selepas masa 3 minit, pertandingan akan diberhentikan dan catat masa dalam Time Sheet dengan rekod 3 minit.

11. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepantasan dalam menyempurnakan ke enam-enam warna bagi setiap permukaan. Setiap permukaan mesti mempunyai warna yang sama.

12.Sebarang isu yang tiada dalam peraturan pertandingan akan dibincangkan dalam jawatan kuasa teknikal pertandingan sebelum sebarang keputusan diumumkan.Keputusan para Hakim dan Pegawai Teknikal semasa dan selepas pertandingan adalah muktamad.

 

SYARAT PERTANDINGAN KIUB 3x3 (1 Muka):

1. Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar dan individual

2. Semua peserta mempunyai DUA (2) kali peluang untuk menyelesaikan kiub dan kami akan mengambil rekod terbaik sebagai KEPUTUSAN TERAKHIR. 

3. “Cut Off Time” untuk pertandingan kiub 3x3 adalah 2 mint (120 saat). Kalau kiub masih tidak dapat disempurnakan selepas masa 2 minit, pertandingan akan diberhentikan dan catat masa dalam Time Sheet dengan rekod 2 minit.

4. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepantasan dalam menyelesaikan satu (1) muka Kiub 3x3x3 untuk mendapat 9 putih, 9 kuning, 9 biru, 9 hijau, 9 oren atau 9 merah dalam satu muka sahaja.

5. Keputusan Para Hakim dan Pegawai Teknikal semasa dan selepas pertandingan adalah muktamad.

 

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang dinyatakan di atas dalam borang ini adalah benar, lengkap dan betul sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya seterusnya mengisytiharkan bahawa saya telah menerima kemasukan atas kehendak saya sendiri dan telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua butiran terma dan syarat

🧩 Order STEM Cube
Order STEM Cube

Get your STEM Cube delivered to your doorstep!

Order Now