PERATURAN PERTANDINGAN KIUB 3x3 (1 Muka):

1. Penyertaan dibuka kepada pelajar di SMK Warisan Puteri.

2. Semua peserta mempunyai DUA (2) kali peluang untuk menyelesaikan kiub dan kami akan mengambil rekod terbaik sebagai KEPUTUSAN TERAKHIR. 
3. Hakim akan scramble kiub dan tutup dengan kotak. Peserta boleh menyelidik kiub tanpa memusing dalam 15 saat. Selepas itu letak 2 tangan untuk memulakan timer dan selesaikan kiub.

4. “Cut Off Time” untuk pertandingan kiub 3x3 adalah 2 minit (120 saat). Kalau kiub masih tidak dapat disempurnakan selepas masa 2 minit, pertandingan akan diberhentikan dan catat masa dalam Time Sheet dengan rekod 2 minit.

5. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepantasan dalam menyelesaikan satu (1) muka Kiub 3x3x3 untuk mendapat 9 putih, 9 kuning, 9 biru, 9 hijau, 9 oren atau 9 merah dalam satu muka sahaja.

6. Keputusan Para Hakim dan Pegawai Teknikal semasa dan selepas pertandingan adalah muktamad.

 

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang dinyatakan di atas dalam borang ini adalah benar, lengkap dan betul sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya memberi kebenaran untuk rakaman gambar/video/audio murid serta memuat naik ke laman media sosial bagi program anjuran STEM Cube. Saya seterusnya mengisytiharkan bahawa saya telah menerima kemasukan atas kehendak saya sendiri dan telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua butiran terma dan syarat

🧩 Order STEM Cube
Order STEM Cube

Get your STEM Cube delivered to your doorstep!

Order Now